KAWALAN KUALITI

Penterjemah mesti menterjemah dan membaca pruf kerja mereka di samping mematuhi istilah semasa. Beliau mungkin boleh menyenaraikan soalan tentang teks asal dan menambah serta memperkayakan pangkalan data glosari.

Pembaca pruf kami bertanggungjawab untuk menyemak bahawa teks yang diterjemah mematuhi teks asal dan mematuhi istilah yang ditetapkan. Mereka juga perlu mendapatkan jawapan bagi sebarang pertanyaan yang tidak berjawab, menyemak percanggahan dalam gaya, memastikan ejaan dan sintaks adalah sempurna dan akhir sekali membaca pruf keseluruhan dokumen.

Pengurus projek kami bertanggungjawab untuk keseluruhan pemantauan bagi setiap permintaan pelanggan dan berhubung dengan pelanggan dan penterjemah. Salah satu daripada tugas beliau yang paling penting adalah untuk memastikan yang setiap projek disempurnakan mengikut masa, atau pun tidak melebihi masa yang ditetapkan.

Setiap proses kerja dijalankan dan disemak dalam enam peringkat:
1. Pemahaman tentang peristilahan
2. Terjemahan (menggunakan glosari sedia ada dan mungkin buku dan dokumen rujukan)
3. Penghasilan glosari yang diluluskan oleh pelanggan (kemungkinan kemas kini semasa proses terjemahan)
4. Penterjemah akan membaca pruf untuk memastikan ketepatan
5. Semakan oleh pembaca pruf sebelum kelulusan akhir (ketekalan dan kepaduan dengan istilah, penyelarasan teks dan kualiti gaya...)
6. Proses semakan akhir dan susun atur halaman.